Sinopsis Episode 5 pada 19 Januari 2010 - Drama Lagenda Mayang Mengurai disiarkan setiap hari Isnin - Khamis dalam slot Lagenda di TV3 & TV9

Share on :


Drama Lagenda Mayang Mengurai mula bersiaran di TV3 dan TV9 pada 12 Januari 2010 dalam slot Lagenda menggantikan Drama Cucu Betong yang tiba penghujung episod pada 11 Januari 2009 - (Mayang Mengurai adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita dongeng Rapunzel) - EPISODE 5
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 4

VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 5
Sinopsis:

Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.

Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa adalah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam.

Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.

Dibintangi oleh:

Tania Hudson (Mayang Mengurai)
Anne Ngasri (Mayang Indera)
Zarina AF (Mayang Merdu)
Amar Bahari (Khalif)
Kamal Adli (Shahrul)
Sabrina Ali (Kornilam)
Sasha
Ako Mustapha
Latif Borghiba
Lana Nordin
Badrul Muhayat

Sambungan sinopsis Lagenda Mayang Mengurai Episode 5 pada 19 Januari 2010


Mohijad: Hari ini tibalah masanya aku beritahu kau siapakah mereka yang boleh memusnahkan kuasa sihir kau.
Kornilam: Siapa dia Guru?
Mohijad: Dia adalah Mayang.... Mayang Mengurai. Tapi kau jangan risau. Perkara itu boleh dielakkan.
Kornilam: Macam mana Guru?
Mohijad: Jauhkan dia dari laki-laki pertama yang dia cintai. Kalau dia berkahwin dengan laki-laki itu, kau akan musnah. Ingat itu.
Kornilam: Kalau begitu saya akan pastikan tak ada cinta buat Mayang Mengurai.


Kornilam teringat Mohijad memberitahunya bahawa orang yang akan musnahkan sihirnya adalah Mayang Mengurai.



Mayang Mengurai: Ibu, saya buatkan ibu minuman.
Kornilam: Pergi dari sini. Aku benci tengok muka kau. Pergi..... (dengan nada yang tinggi Kornilam menengking dan memarahi Mayang Mengurai tanpa alasan)



Mayang Merdu: Apa jadi dekat baju ini?
Mayang Mengurai: Saya tak tahu.
Mayang Merdu: Tak tahu apa? Kau yang basuh baju ini kan?
Mayang Indera: Eh kau apa hal ni Merdu?
Mayang Merdu: Kau diam. Menyibuk apa pasal?


Mayang Merdu: Kau jawab.
Mayang Mengurai: sumpah saya tak tahu.
Mayang Merdu: Sumpah apa?
Mayang Indera: Melampau sangat perangai...
Mayang Merdu: ah.....
lepas itu Mayang Merdu pergi dari situ dengan marah.


Mayang Indera: sabar ya Mengurai...
Mayang Mengurai: Kenapa Merdu benci sangat pada saya?
Mayang Indera: Mengurai tak payah fikir biarkan dia. Saya kan ada.
Mayang Mengurai: Tapi, ibu...
Mayang Indera: Mengurai,, semua orang sayangkan Mengurai.

Penghujung Episode 5 Lagenda Mayang Mengurai


Kornilam: Berani kau lakukan perkara yang aku tak suka.
Mayang Indera: Maafkan saya ibu.





Mayang Mengurai, Ibu maafkan dia ibu.
Kornilam: Kau pun sama bersubahat.

Babak yang lain:



Kornilam kepada Mohijad: Saya dah gagal Tok Guru. Saya dah besar dan jaga mereka tapi saya tak sangka Mayang Indera boleh melakukan kesalahan.
Mohijad: Kau telah ambil tinakan terburu-buru. Seharusnya untuk kekalkan kecantikan dan kuasa kau, kau harus mengahwinkan Mayang Indera dan Mayang Merdu dengan kekasih pertamanya.
Kornilam: Bukan kah mereka tidak dibenarkan berkahwin Tok Guru?
Mohijad: Itu untuk Mayang Mengurai. Kalau Mayang Indera dan Mayang Merdu berkahwin, kau akan dapat banyak kuasa dari perkahwinan mereka.




Mayang Indera: Eh Merdu, kau ni apa hal ha.. hati kau busuk sangat.
Mayang Merdu: Nak buat macam mana kan.. sebab... dah memang perangai aku macam ni.
Mayang Mengurai cuba meredakan keadaan dan minta Mayang Indera jangan banyak bergerak.

Babak yang lain: Di penghujung Episode 5:



Tina: Baru puas hati aku. Sekarang ni kau rasa apa ku rasa. Padan muka engkau.
Ayah Tina: Tina, apa yang Tina dah buat ni?
Tina: Tina buat apa pa..?
Ayah Tina: Tina dah hancurkan harapan papa.
Tina:Harapan apa ni pa? Pa.. jangan nak merepek boleh tak pa..
Ayah Tina: Lebih baik sekarang ni, Tina jangan cakap banyak. Sekarang papa nak Tina pujuk Tuan Farhan tu supaya ambil semula Shahrul bekerja.
Tina: Apa ni pa.. susah susah Tina rancang semua ni sekarang papa nak suruh Tina pujuk Uncle Farhan pulak.. Lagipun pa, Tina dengan Shahrul dah tak ada kena mengena.
Ayah Tina: Tina dengar sini emm.. minggu depan Tina akan bernikah dengan Shahrul. Ini adalah keputusan bapak tak de sesiapa pun boleh bangkang.
Tina: Pa... papa...


Bersambung pada 20 Januari 2010 dalam Episode 6 Lagenda Mayang Mengurai




Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, http://www.bharian.com.my/ dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)

0 comments on Sinopsis Episode 5 pada 19 Januari 2010 - Drama Lagenda Mayang Mengurai disiarkan setiap hari Isnin - Khamis dalam slot Lagenda di TV3 & TV9 :

Post a Comment and Don't Spam!