Sinopsis Episode 2 pada 13 Januari 2010 - Drama Lagenda Mayang Mengurai disiarkan setiap hari Isnin - Khamis dalam slot Lagenda di TV3 & TV9

Share on :


Drama Lagenda Mayang Mengurai mula bersiaran di TV3 dan TV9 pada 12 Januari 2010 dalam slot Lagenda menggantikan Drama Cucu Betong yang tiba penghujung episod pada 11 Januari 2009 - (Mayang Mengurai adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita dongeng Rapunzel) - EPISODE 2

Sinopsis:

Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.

Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa adalah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam.

Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.

Dibintangi oleh:

Tania Hudson (Mayang Mengurai)
Anne Ngasri (Mayang Indera)
Zarina AF (Mayang Merdu)
Amar Bahari (Khalif)
Kamal Adli (Shahrul)
Sabrina Ali (Kornilam)
Sasha
Ako Mustapha
Latif Borghiba
Lana Nordin
Badrul Muhayat
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 2
Sinopsis penghujung Episode 2 (Lagenda Mayang Mengurai)




(Tuk Guru told Kornilam that not long from now her wish will come true but...)
Tuk Guru: Tak lama lagi, kau akan dapat apa yang kau hajati. Tapi kau kena tahu satu perkara.
Kornilam: Apa dia, Guru?
Tuk Guru: Di antara ketiga-tiga anak angkat kau tu.. salah seorang di antara mereka akan memusnahkan hidup kau.
Kornilam: Anak pasangan yang mana?
Tuk Guru: Aku tidak dapat beritahu kau sekarang. Tunggulah mereka berusia 21 tahun. Kalau saya hanya ambil dua bayi sahaja?
Kornilam: Tak boleh. Kau kena teruskan niat kau. Kau kena ambil ketiga-tiganya sekali (You've to go through with the plan, you've to take the three of them)

Babak yang lain (A different scene)


Kornilam: Hai bola ajaib.. tunjukkan pada aku anak siapa yang akan hancurkan aku?
(Kornilam masih belum mendapat jawapannya)

Babak yang lain (A different scene)




- Minum susu... akhirnya nenek dapat cucu juga...

Babak yang lain (A different scene)




Din - Mulai esok abang dah cuti. Jadi boleh lah abang bantu awak buat kerja rumah ni.
Ina - Tak payahlah bang.. saya boleh buat lagi.
Din - Sayang.. sekarang ni awak tengah tunggu hari.. Silap-silap esok awak akan bersalin.
Ina - Ish belum lagi lah bang.

Din - Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. (People always say, get ready before for the odds to happen)
Ina - Eh... abang nak pergi mana ni?
Din - Abang nak pergi solat.
Ina - Saya pun nak solat juga.
Din - Awak larat ke sayang..?
Ina - Boleh, nanti lepas bersalin baru saya cuti.
Din - Jom..

Babak yang lain (A different scene)



Kornilam - Awak takutkan mak cik? Mak cik bukan hantu.
Yati - Takde lah.
Kornilam - Bayi tengah tidur?
Yati - ahh.. ahhhh..
Kornilam - Boleh aku pegang?
Yati - Boleh.



Suami Yati - Dia selalu tidur mak cik. Siang malam tidur aje kerjanya.
Kornilam - Mak cik ni nak tuntut hadiah yang kau janjikan dulu tu.



Yati suami isteri: Hadiah? hadiah apa ya?



Mereka terkejut melihat perempuan tadi yang mereka panggil mak cik sebentar tadi menjelma menjadi Kornilam.

Kornilam: Aku Kornilam. Bayi ini hasil daripada labu aku.
Yati.... dalam ketakutan ... meminta anaknya dikembalikan kepadanya... tetapi..











Mereka berdua meminta anak mereka dikembalikan. Tetapi Kornilam mengenakan kuasa sihir dan mereka berdua menjadi arnab. Kemudian Kornilam menghilangkan diri bersama bayi perempuan mereka (siapakah agaknya nama bayi perempuan itu?)

Babak yang lain (A different scene)





Yati kesakitan dan memanggil nama suaminya... Abang.... abang tolong... bang..
- Ina... awak tak de apa-apa ke sayang..?
- Sakit.. bang.
- Awak tunggu kat sini ya. Abang pergi rumah mak bidan.




- Kenapa kamu Din? Kelam kabut aje ni.
- Mak cik isteri saya nak bersalin.
- Mana dia nya..?
- Dia ada kat rumah sekarang ni. Mak cik boleh tak tolong tengok kan dia? Sebab saya nak pergi ambil mak bidan.
- Ahh elok benar lah...Mak cik ke sana. Kamu pergi ke rumah mak bidan ya.. (I'll go to your house. You go and get the midwife)



Babak yang lain (A different scene)




Kornilam: Kau akan tolong aku menambahkan kuasa aku (You're going to help me increase my magic and preserve my beauty) dan mengekalkan kecantikan aku. Tapi kau bukan seorang. (But you won't be alone. You have companions.) Ada dua orang lagi akan bersama dengan kau. Ha....hahh....hahhhh..... (Kornilam ketawa dengan sekuat hatinya)




Kisah lagenda ini bersambung pada hari esok dalam Episode 3.




Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, http://www.bharian.com.my/ dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)

0 comments on Sinopsis Episode 2 pada 13 Januari 2010 - Drama Lagenda Mayang Mengurai disiarkan setiap hari Isnin - Khamis dalam slot Lagenda di TV3 & TV9 :

Post a Comment and Don't Spam!