Sila klik di sini untuk mengikuti WIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 15
Apabila Tina tanya Mayang Mengurai di mana Dr Rosli, Mayang Mengurai memberitahu Tina bahawa dia dikurung oleh Dr Rosli dan dia tidak dibenarkan untuk menemui kawannya. Menurut Mayang Mengurai lagi dia tidak tahu di mana Dr Rosli berada dan dia seorang diri saja.
Mayang Mengurai: Mayang lari dari rumah.
Tina: Tak apa, Mayang bertenang, Mayang ikut akak balik.
Mayang Mengurai: Shahrul? Kalau dia kenal Shahrul mesti dia kenal Khalif. Kenapa dia tak bawa saya ke sana?
Kornilam: Balik!!!!
Tina: Mana dia pergi? Mayang?
Tina: Mayang pergi mana?
Mayang Mengurai: Ambil angin kat luar.
Tina: Kalau Mayang nak berehat, Mayang guna bilik akak kat dalam ya.
Rosli rindukan ibunya yang baru sahaja meninggal dibunuh oleh Kornilam.
Wati Encik Shahrul ini fail yang Encik Shahrul kena sain. Encik Shahrul?
Shahrul: Ada apa?
Wati: Ini fail yang Encik Shahrul minta tadi.
Shahrul: Letak di tepi tu je..
Shahrul: Err.. Wati...
Wati: Ada apa Encik Shahrul?
Shahrul: Awak dah kahwin ke?
Wati: Kenapa Encik Shahrul tanya soalan macam tu?
Shahrul: Sebab soalan yang hendak saya tanya ni perempuan je yang tahu.
Wati: Maksud Encik Shahrul?
Shahrul: Macam ni. Duduk... duduk.. Seperti yang awak tahu juga kan saya dan Tina dah bercerai. Perceraian kami tak sah sebab Tina mengandung. Problem sekarang ni macam mana saya nak tahu anak yang dikandungkannya tu anak saya sebab saya pernah nampak Tina dengan lelaki lain dalam bilik saya.
Wati: Maafkan saya Encik Shahrul kalau saya tersalah cakap. Apa kata kalau Encik Shahrul buat ujian DNA?
Shahrul: Okey... terima kasih.
Wati: Maafkan saya, Encik Shahrul.
Shahrul: Tak apa... tak apa..
Wati: Saya keluar dulu.
Shahrul menerima panggilan daripada Tina.. Suara Tina cemas.. Shahrul kemudian pulang ke rumah. Apa yang telah berlaku kepada Tina? Kisahnya bersambung pada minggu hadapan, 8 Februari 2010, Isnin dalam slot Lagenda "Mayang Mengurai Episode 16".
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)
0 comments on Sinopsis Episode 15 pada 4 Februari 2010 - Drama Lagenda Mayang Mengurai disiarkan setiap hari Isnin - Khamis di TV3 & TV9 :
Post a Comment and Don't Spam!