Drama Lagenda Mayang Mengurai mula bersiaran di TV3 dan TV9 pada 12 Januari 2010 dalam slot Lagenda menggantikan Drama Cucu Betong yang tiba penghujung episod pada 11 Januari 2009 - (Mayang Mengurai adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita dongeng Rapunzel) - EPISODE 10
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 7Sinopsis:
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 8
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 9
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 10
Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.
Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa adalah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam.
Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.
Dibintangi oleh:
Tania Hudson (Mayang Mengurai)
Anne Ngasri (Mayang Indera)
Zarina AF (Mayang Merdu)
Amar Bahari (Khalif)
Kamal Adli (Shahrul)
Sabrina Ali (Kornilam)
Sasha
Ako Mustapha
Latif Borghiba
Lana Nordin
Badrul Muhayat
Sinopsis ringkas sambungan Drama Lagenda Mayang Mengurai Episode 10 pada 27 Januari 2010
Kornilam: Kau buat apa di sini?
Khalif: Saya nak jumpa Mayang Mengurai.
Kornilam: Siapa yang izinkan kau? JAWAB!!!! Pergi dari sini. Lepaskan rambut itu.
Khalif: Shahrul, Shahrul.. esok dah nak bernikah ya?
Shahrul: Kau macam tak tau je yang aku bernikah ni bukan atas kerelaan aku. (I bet you know I'm getting married against my own will.)
Khalif: Kenapa awak tak batal aje?
Shahrul: Tak boleh lah Alif. Aku tak nak hancurkan harapan arwah ayah aku.
Khalif: Walaupun kau terpaksa korbankan cinta kau?
Shahrul: Kau tak kan faham.
Khalif: (Whatever it is I want to tell you that I'm the first person to congratulate you on your wedding) Apa-apa pun aku nak kau tahu yang aku adalah orang pertama yang ucapkan Selamat Pengantin Baru.
Tina: Abang... kenapa abang biarkan Tina tidur sendirian semalam?
Shahrul: Saya penat.
Tina: Tina pun penat jugak bang. Tapi malam tadi malam pertama kita.
Shahrul: Kenapa? Awak tak biasa tidur seorang ke?
Tina: Tina ni isteri abang yang sah tau? Tina bukan tunggul tau bang..
Shahrul: Saya tahu. Sebab itu saya tak kahwin dengan tunggul.
Mayang Mengurai: Tolonglah ibu. Jangan pisahkan kami.
Kornilam: Kenapa kau degil sangat?
Mayang Mengurai: Saya cintakan dia ibu...
Kornilam: Kerana cinta itu lah aku tak benarkan.
Mayang Mengurai: Kenapa dengan cinta kami ibu?
Kornilam: Aku kata tak boleh... TAK BOLEH!!!!
Mayang Mengurai: Tolonglah ibu.
Kornilam: Hanya satu cara bagi kamu tak merayu pada aku.
Kornilam: Ini contoh untuk kamu berdua. Jangan sesiapa nak melawan cakap aku. FAHAM!!!
Mayang Mengurai
Mayang Terhurai
Huraikan rambutmu yang panjang berjurai
Aku nak naik ke rambut mu yang berhelai
Sehingga ke atas tidak tercalar
Mayang Megurai
Let down your hair
Let me climb your hair up the castle
Khalif: Ini yang jadi kat aku sekarang. Aku tak tahu macam mana nak jumpa Mayang Mengurai.
Shahrul: Itulah Alif. Aku pun rindu sangat kat Mayang Indera.
Tina: Tak apa... Aku nak tengok kau akan dapat cari dia tak. (It's okay, I want to see if you can get her)
Kisah Lagenda Mayang Mengurai akan bersambung pada keesokan hari, 28 Januari 2010 pukul 4.30 petang di TV3 dan 8.30 malam di TV9
Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, http://www.bharian.com.my/ dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)
0 comments on Sinopsis Episode 10 pada 27 Januari 2010 - Drama Lagenda Mayang Mengurai disiarkan setiap hari Isnin - Khamis dalam slot Lagenda di TV3 & TV9 :
Post a Comment and Don't Spam!